Wednesday, December 14, 2011

JANGAN MENYIKSA DIRI

Allah s.w.t. menciptakan dunia seisinya untuk kemudahan manusia itu sendiri, oleh itu hendaklah manusia memanfaatkannya.

Sahabat Anas menceritakan bahawa satu hari Rasulullah s.a.w melihat seorang yang dipapah oleh kedua orang anaknya menunaikan haji dengan berjalan kaki. Apabila melihat keadan itu maka Baginda s.a.w. bertanya, "Mengapa dengan orang ini?" Dua anak itu berkata, "Dia bernazar hendak menunaikan hai dengan berjalan kaki." Rasulullah s.a.w berkata, "Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak memerlukan orang yang menyiksakan dirinya." Ketika itu juga Rasulullah memerintahkan kepada orang itu agar naik kenderaan untuk menunaikan haji.

Dalam satu peristiwa lain, seseorang menziarahi tuan gurunya yang sudah lama berpisah, dia berjalan kaki beberapa batu ke rumah gurunya dengan maksud untuk mendapat pahala yang lebih. Setiba di rumah gurunya itu, tuan guru itu bertanya, "Kamu datang dengan apa?" Anak murid itu berkata, "Saya berjalan kaki." Apabila tuan guru itu mendengar jawapan anak muridnya itu dia berkata : "Dia telah menciptakan kuda, baghal dan keldai agar kamu mengenderainya."

Sunday, December 11, 2011

Apa Kata Bangsa Cina

•KAMI datang dalam kemiskinan, anda sudah ada berada di sini semenjak nenek moyang anda.
•KAMI duduk dibawah terik matahari berniaga, semasa anda meminta bahagian anda dari cukai.
•KAMI mengira saving dan expense keluarga kami, semasa anda mengira apa yg boleh anda belanjakan dgn wang anda.
•KAMI berusaha mencari apa yg boleh kami jadikan wang, ketika anda sedang berusaha mencari apa yg boleh dijadikan barang.
•KAMI rela makan nasi 1 kali sehari demi masa depan, semasa anda menuntut makan 3 kali sehari.

••….50 TAHUN BERLALU….••

(*) KAMI menikmati apa yg telah kami perjuangkan, semasa anda berkata “Cina tak guna, kawal ekonomi negara kami!”
(*) KAMI melancong ke luar negara setiap tahun,semasa anda kecoh akan kenaikan harga barang.
(*) KAMI bersyukur atas hasil kerja keras kami semasa anda sedang mengutuk negeri ini.
(*) KAMI bercerita tentang bagaimana indahnya hidup ini,ketika anda bercerita tentang pahitnya hidup sekarang ini.
(*) KAMI berfikir makan apa esok, ketika anda berfikir apakah esok dapat makan.
(*) MASA kami menikmati puncak kejayaan, anda menyalahkan kami atas kemiskinan keluarga anda.
(*) KAMI tahu kami hanya pendatang, tapi kami tahu bagaimana membuat kami menjadi lebih bererti di mata bangsa2 lain.
(*) KAMI tahu kami hanya penumpang, tapi kami tahu bagaimana kami berjuang dlm sukarnya hidup menumpang.
(*) KAMI berusaha, wang bukan jatuh dari langit. Kini anda yang meratap mengapa negeri ini penuh dgn kami yg berada diatas…
(*) KAMI bukan sombong, kami bukan membenci anda, tapi kami ingin hidup seperti apa yg nenek moyang kami ajarkan…..

“JANGAN MEMINTA, TAPI BERUSAHA”!!!!

Thursday, November 3, 2011

Buat duit dengan blog

Menjana pendapatan dengan blog, terdapat 4 bahagian utama



  1. Asas blogging

  2. Formula blogging

  3. Strategi blogging

  4. Kaedah khas menjana trafik ke blog

Formula 3B cara buat duit dengan blog



  1. Belajar

  2. Buat

  3. Berusaha

Ini adalah bukan sistem skim cepat kaya atau sewaktu denganya. Ini adalah cara bagaimana untuk buat duit dengan blog dan bagaimana kita boleh melakukanya.


Wednesday, November 2, 2011

Labanon remaja berjaya di Internet

Hari ini terbaca salah satu blog seseorang yang boleh kita anggap sifu muda yang terkenal, siapa tidak kenal dengan Labanon remaja di usia seawal 17 tahun pada mulanya dan kini telahpun berumur 20 tahun mampu memanipulasi internet untuk meraih pendapatan lumayan melebihi RM10,000 sebulan.

Salah satu artikel yang di kongsikan beliau tentang bagaimana meraih RM10,000 dengan produk informasi. Beliau tidak lokek berkongsi ilmu dengan orang lain tentang rahsia bagaimana cara untuk meraih pendapatan lumayan daripada internet, walaupun ada sesetengah pihak bertanggapan tidak perlu berkongsi rahsia dan kenapa perlu memberitahu kepada orang lain sekiranya ianya memberi manaafaat kepada dirinya? ternyata beliau tidak lokek ilmu kerana sanggup berbuat demikian.

Antara produk informasi yang berjaya menarik minat adalah rahsia 101 Tips AdSense Terbongkar. Seawal pelancaranya beliau hanya memberikan laporan percuma terlebih dahulu sebelum menerima sebanyak 800 email yang menyatakan minat untuk membeli 101 tips tersebut. Beliau menjual produk informasi tersebut pada harga RM30.

Banyak informasi yang berguna dan boleh digunakan sebagai panduan untuk berjinak-jinak dalam perniagaan internet. Yang pasti kesabaran dan keberanian adalah yang paling penting untuk menjadikan ianya tercapai.

Tuesday, June 28, 2011

Dosa Keluarga

Suami merupakan ketua rumahtangga, dan suami bertanggungjawab untuk memberikan segala nafkah kepada isterinya. Di antara tanggungjawab yang penting ialah memberikan didikan agama kepada isteri dan anak-anaknya supaya tidak berlaku perkara-perkara yang dilarang oleh Islam di dalam rumahtangganya.

Segala dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya akan ditanggung oleh mereka sendiri dan tidak dipertanggungjawabkan kepada suami atau orang lain. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidik isteri dan anak-anaknya ke jalan yang benar iaitu Islam. Firman Allah yang bermaksud :

“Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dialah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)

Suami yang memberikan didikan agama dan teguran kepada isteri dan anak-anaknya supaya jangan melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah dan mematuhi segala peraturan Islam, tetapi isteri dan anak-anaknya tetap melakukan perkara dosa juga, maka di sini suami tersebut terlepas dari dosa kecuaiannya, kerana suami tersebut telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Jangan jadi suami yang dayus, kerana suami dayus adalah suami yang menghalalkan atau tidak berani menegur isterinya melakukan dosa. Suami dayus tidak layak masuk syurga, kerana beliau tidak mencegah isteri dan anak-anaknya melakukan kemungkaran, segala amalan suami tersebut ditolak oleh Allah dan dihumbankan ke dalam neraka Allah disebabkan ia adalah suami yang tidak menunaikan amanah dan tanggungjawabnya. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman jauhkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari azab api neraka”.

Anak-anak yang belum baliqh, tidak ditetapkan lagi dosa dan pahalanya, kerana mereka tidak dikira orang yang mukallaf lagi, segala kejahatan dan dosa ditanggung oleh ayahnya sendiri, kerana ayahnya merupakan ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan agama kepada anak-anaknya. Apabila anak tersebut telah baliqh, maka segala dosa akan ditanggung oleh mereka sendiri, kerana segala peraturan syariat telah ditetapkan atas diri mereka disebabkan telah baliqh.

Benar bagi suami isteri yang berpegangan tangan atau bersalaman antara satu sama lain, maka dosa kecil mereka akan keluar melalui celah-celah jari mereka. Islam mengajar umatnya yang telah berkahwin saling bersalaman dan berpegangan tangan kerana segala dosa-dosa kecil suami isteri hilang disebabkan perbuatan tersebut.

Tuesday, June 21, 2011

Idea Perniagaan Atas Talian

Dah lama simpan impian untuk berniaga secara atas talian (Online), modal tu boleh cari tapi perniagaan apa yang dirasakan sesuai? dah buat survey bertanya dengan rakan-rakan siber dalam CG banyak idea-idea yang boleh diketengahkan, terdapat beberapa idea yang saya rasa bagus dan nampak berpotensi untuk dimajukan, antaranya perniagaan cuci kereta (Car Wash), Waffel (ala yang selalu org beli depan supermarket tu) dan juga periagaan atas talian... Haaa, yang ni memang saya berkenan sekali, nampak hala tuju, untung, dan tidak memerlukan pekerja, kita sendiri jadi tauke dan kuli.. Perniagaan atas talian memang panas, laku macam goreng pisang kerana saya selalu membuat pesanan melalui online. Barang yang berpotensi untuk dijual sekarang ni adalah gajet atau alat-alat elektronik, memang laku..

Friday, January 28, 2011

Adab dengan Ibu Bapa

Tatasusila anak berhadapan dengan ibu bapa

Seorang anak perlu menghormati ibu kerana ibu begitu berkorban dan susah menjaga mereka ketika kecil. Selain kasih kepada ibu, anak mesti juga memberi kasih sayang yang sama kepada bapa.

Bapa pula bertanggungjawab terhadap makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan lain-lain keperluan keluarga.

Oleh itu, manusia harus berbakti kepada ibu bapa dan mentaati suruhannya sebagai tanda membalas budi terhadap jasa keduanya.

Agama Islam menetapkan beberapa peraturan dan tata susila yang harus menjadi amalan semua anak apabila berhadapan dengan ibu bapa mereka. Antaranya:

1. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa
2. Menghargai dan menghormati mereka
3. Merendahkan suara ketika berbicara dengan ibu bapa
4. Berdoa untuk kebahagiaan ibu bapa
5. Jangan menderhaka kepada ibu bapa
6. Hormat kepada ibu bapa bukan Muslim

Maksud Bacaan dalam Solat

Allahu Akbar

Allah Maha Besar

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup keNerakamu... .kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Thursday, January 20, 2011

Permainan semasa kecil

Konda Kondi

Batu Seremban

Polis Sentri

Polis Sentri

Kalau kita flash back 10 atau 15 tahun yang lalau pasti ada kenangan yang membuat kita tersenyum dan sangat mencuit hati, ini lah kenangan yang mungkin menjadi peneman di kala usia kita meningkat dari hari ke hari. Di manakah kita 10 atau 15 atau boleh jadi 20 tahun yang lalu? mungkin pada waktu itu ada diantara kita berumur 10, 15 atau masih bersekolah rendah?

Pada ketika ini permainan hanya lah tertumpu kepada permainan tradisional bukan seperti sekarang yang telah mengalami banyak perubahan ke era kemodenan dengan kewujudan permainan seperti PS3, PSP, XBox dan banyak lagi. Polis Sentri, Gala, Main sorok-sorok, Main Batu seremban dan sebagainya.

Thursday, January 13, 2011

Gandakan duit anda

Datuk Maznah dan Hos Zamzarina Zamri di TV1 14 Januari 2011


1. Mencari pendapatan yang lebih dari sekarang

2. Bila ada duit kita jimat dan tabungkan

Ambil duit 50% yang kita ada kita simpan, katakan kita ada RM200 kita simpan RM1oo, boleh je kan.

3. Bila hasil tabungan kita dah banyak, kita kena pandai melabur

tapi kena ada ilmu, jangan melabur ke tempat-tempat yang bukan-bukan, kena pandai cari

4. Apa minat saya?

Bila dah ada minat, tanya diri kita mana satu yang paling kita minat dan yang mana boleh buat duit pada idea paling kita minat.

Amat bermanafaat idea-idea yang diutarakan oleh Datuk Maznah