Tuesday, June 21, 2011

Idea Perniagaan Atas Talian

Dah lama simpan impian untuk berniaga secara atas talian (Online), modal tu boleh cari tapi perniagaan apa yang dirasakan sesuai? dah buat survey bertanya dengan rakan-rakan siber dalam CG banyak idea-idea yang boleh diketengahkan, terdapat beberapa idea yang saya rasa bagus dan nampak berpotensi untuk dimajukan, antaranya perniagaan cuci kereta (Car Wash), Waffel (ala yang selalu org beli depan supermarket tu) dan juga periagaan atas talian... Haaa, yang ni memang saya berkenan sekali, nampak hala tuju, untung, dan tidak memerlukan pekerja, kita sendiri jadi tauke dan kuli.. Perniagaan atas talian memang panas, laku macam goreng pisang kerana saya selalu membuat pesanan melalui online. Barang yang berpotensi untuk dijual sekarang ni adalah gajet atau alat-alat elektronik, memang laku..

No comments:

Post a Comment